~WARKAH DARI PENGARANG~

HAJI ZAINAL BIN HAJI BUJANG

 

Assalamualaikum wbt.

Para Jemaah bakal-bakal Umrah yang dikasihi sekalian.

 

Bersyukur ke hadrat Allah kerana Tan Sri/Puan Sri/ Dato’/Datin/Tuan/Puan kerana telah TERPANGGIL HATI dan TERSENTUH HASRAT untuk menjadi tetamu Allah dalam musim-musim umrah yang terdekat ini. Sungguh murni hasrat dan impian anda sekalian itu.  Bukan mudah untuk mendapat ‘HIDAYAH’ Allah. Hanya hamba-hamba pilihan Nya sahaja yang LAYAK mendapat jemputan Allah dan gamitan Baitullah. Hanya hamba-hamba Allah yang memiliki JIWA YANG TENANG dan PASRAH, HATI YANG SUCI BERSIH, JIWA YANG RINDU PADA ALLAH DAN RASULNYA, JIWA YANG ZUHUD, JIWA YANG ADA WAWASAN AKHIRAT serta JIWA YANG TAHU AKAN FADILAT dan KELEBIHAN YANG BAKAL DIKURNIAKAN ALLAH sahaja yang mampu menyahut seruan Allah menerusi syariat HAJI dan UMRAH INI.

 

JUSTERU, jangan DIPERSIAKAN anugerah Allah ini.  Laksanakanlah amanah Allah ini dengan sebaik-baiknya.  Jadikan umrah yang bakal anda semua laksanakan itu sebagai suatu USAHA YANG TERPUJI, AMAL-AMAL SOLEH YANG MAKBUL serta PERNIAGAAN YANG TIDAK RUGI.

Selama berkecimpung dalam bimbingan umrah selama beberapa tahun dengan SYARIKAT BAHRULMAZI TRAVEL & TOURS saya dapati ramai para jemaah umrah kita pergi menunaikan umrah mereka dalam keadaan yang TIDAK BERSEDIA sepenuhnya baik dalam aspek MENTAL mahu pun MIND SETTING (persediaan minda dan wawasan diri) malah dalam aspek ILMU  PENGETAHUAN juga.  Mereka sering berkeluh kesah dan penuh dengan PRASANGKA serta PREJUDIS buruk terhadap agensi perealisasi umrah mereka. Mereka beribadah dalam keadaan dan suasana yang LESU, MALAS dan TIDAK BERMOTIVASI. Mereka sentiasa berkeluh kesah kerana tidak memahami konsep umrah itu sebenarnya. Mereka menyangka bahawa umrah itu adalah sejenis ‘PELANCONGAN ISLAMIK” yang berkonsepkan “BERJALAN-JALAN SAMBIL MENGUTIP PAHALA”. 

 

LANTARAN itu, timbul masalah tentang hotel penginapan yang tidak menepati citarasa, makanan yang tidak menepati selera. Kesemuanya ini memberikan KESAN BURUK kepada hubungan dua hala mereka dengan mutawif dan muzawir umrah serta rakan-rakan sesama jemaah.

JUSTERU, apalah ertinya umrah yang dilaksanakan dengan PENGHAYATAN yang lemah serta penuh dengan KESALAHAN dan KESILAPAN itu? Apalah jua ertinya umrah yang menelan kos pembiayaan yang begitu tinggi (terkini paling murah RM 5,500) terlaksana dengan keadaan yang BERKELUH KESAH, penuh dengan perasaan BENCI dan MARAH serta berselirat dengan NAFSU-NAFSU MAZMUMAH yang amat tercela di sisi ALLAH itu ?

 

BERDASARKAN ‘fenomenatersebut TERPANGGIL dan TERSENTUH hati kecil saya ini untuk menitipkan beberapa pengalaman haji dan umrah saya untuk MEMBANTU para jemaah BAKAL-BAKAL TETAMU ALLAH untuk menggarap kerja-kerja umrah mereka itu dengan garapan yang TERBAIK serta MABRUR di sisi ALLAH SWT.

 

SEHUBUNGAN ITU, saya telah berusaha dan ALHAMDULILLAH berjaya menghasilan sebuah KIT PELAKSANAAN & BIMBINGAN UMRAH yang saya rasa dapat memberikan BANTUAN dan MANFAAT kepada semua bakal-bakal jemaah umrah yang dikasihi sekalian.  KIT yang mengandungi 3 BUAH BUKU dan SEBUAH VCD ini MAMPU membantu para jemaah membuat penjurusan minda (mind setting) yang tepat dan betul serta MAMPU membimbing para jemaah secara KOMPREHENSIF dan TERSUSUN bagi mendapatkan hasil yang OPTIMUM.

 

UMRAH yang BERKESAN serta MAMPU memberikan pulangan yang BERBALOI memerlukan KEFAHAMAN yang mantap tentang FALSAFAH, KONSEP, HIKMAH serta FADILATnya. 

 

DALAM kesempatan berharga ini saya ingin MENGESYORKAN kepada setiap jemaah bakal-bakal umrah supaya MEMAHAMI serta MENGHAYATI terlebih dahulu apakah Konsep, Falsafah, Hikmah dan Fadilat yang dimaksudkan itu. Jemaah wajar MEMILIKI dan MEMBACA kandungan buku ini bagi membentuk suatu PERSEPSI yang TEPAT dan BETUL.  Hanya persepsi yang demikian sahaja dapat mengangkat tahap penghayatan yang TERUJA.  Hanya penghayatan yang teruja itu sahaja yang MAMPU menjadikan umrah yang bakal kita laksanakan itu penuh BERVISI  dan BERMOTIVASI.

 

Buku “ UMRAH: MEKANISMA PEMBENTUKAN MUKMIN SEJATI” ini mengupas beraneka persoalan tentang OBJEKTIF serta RASIONAL yang BERFOKUS kepada PERSOALAN mengapa ALLAH mensyariatkan ibadah umrah itu bagi sesorang yang ingin menjadi ‘MUKMIN YANG SEJATI’. 

 

MEMBACA dan MENGHAYATI setiap ELEMEN yang diuar-uarkan dalam buku ini akan MEMBANTU para bakal-bakal jemaah umrah itu MEMAHAMI perkara-perkara berikut:

 

Ø      Bagaimana umrah itu boleh menjadi mekanisma bagi menjana kemurnian taqwa.

Ø      Bagaimana umrah itu boleh menjadi mekanisma pemangjkin bagi keluhuran iman.

Ø      Bagaimana umrah boleh menjadi pencetus kekudusan iktikad seseorang mukmin

Ø      Bagaiman umrah itu boleh menjadi mekanisma penawar bagi penyakit hati

Ø      Bagaimana umrah itu mampu menjadi mekanisma bagi melentur sifat-sifat Mazmumah (tercela) dan menyuburkan sifat-sifat Mahmudah  (terpuji)

 

SAYA YAKIN DAN OPTIMIS BAHAWA PARA JEMAAH UMRAH YANG MEMAHAMI SEGALA JUSTIFIKASI DI ATAS MAMPU MENGHASILKAN GARAPAN UMRAH YANG ‘FIRST CLASS”

 

 

Tuan-tuan dan puan-puan para bakal tetamu Allah yang dikasihi sekalian.

 

UMRAH yang mabrur ( diterima Allah ) memerlukan GABUNGAN  atau KOMBINASI pelaksanaan yang HARMONIS dan DINAMIK di antara ILMU YANG MANTAP, PENGHAYATAN yang SYAHDU dan SENDU serta PROSES-PROSES PELAKSANAANyang TEPAT, TERANCANG  serta PENUH BERDISIPLIN.

 

Saya rasa TIDAK BANYAK atau mungkin TIDAK TERDAPAT buku-buku sebegini di pasaran. JUSTERU, saya telah mengusahakannya atas kesedaran bahawa KEMELUT yang menjurus kepada KEKALUTAN dan KEKELIRUAN yang berlaku kepada sebahagian besar para jemaah umrah adalah disebabkan oleh KESAMARAN  terhadap PROSES-PROSES serta MANUAL PELAKSANAAN umrah ini.

 

Buku ‘700 TIPS & MANUAL PELAKSANAAN serta 80 DOA UMRAH MABRUR’ mengupas serta menitipkan secara TERPERINCI proses-proses serta tatacara pelaksanaan umrah itu.  Buku ini MEMFOKUSKAN daripada aspek-aspek yang paling kecil, remeh temeh serta titik bengik hinggalah kepada aspek-aspek pelaksaanan yang lebih besar dan teras.  PERLU DIKETAHUI bahawa perkara-perkara titik bengik dan remeh temeh inilah yang sering menjadi PARASIT atau DURI DALAM DAGING kepada pelaksanaan umrah seseorang itu. Di samping menitipkan tatacara pelaksanaan UMRAH  dan ZIARAH yang berkesan, buku ini juga menitipkan persediaan-persediaan yang perlu diambil peratian serta dilaksanakan bermula daripada 6 BULAN, 3 BULAN, 1 BULAN, 1 MINGGU dan PADA HARI BERANGKAT (Suatu aspek yang jarang sekali diambil perhatian oleh penulis atau penerbit buku-buku haji dan umrah).

 

 

Seterusnya saya telah mengambil ‘inisiatif’ untuk menitip serta menyusun BUKU BIMBINGAN KOMPREHENSIF MENGERJAKAN UMRAH berserta dengan VCD pelaksanaan umrah bagi memberikan GAMBARAN yang TEPAT DAN MENYELURUH tentang ASPEK dan TATACARA PELAKSANAAN ibadah berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN:

 

Saya dengan rendah hati ingin mengesyorkan kepada semua bakal-bakal umrah untuk mendapatkan kita ini terus dari wakil saya iaitu http://www.motivasihaji,com/  Meskipun bahan-bahan kita ini terdapat juga di pasaran namun penjualannya agak terhad dan ada ketikanya telah kehabisan stok. Saya juga ingin mengesyorkan supaya setiap jemaah bakal-bakal umrah membuat persediaan yang RAPI dan MANTAP serta menjadikan MEMBACA suatu media bagi mendapatkan ilmu YANG SEBANYAK-BANYAKNYA tentang pelaksanaan umrah itu.  HANYA dengan itu sahaja VISI dan MISI kita untuk mengerjakan TITAH PERINTAH ALLAH itu BERHASIL serta MENEPATI MATLAMAT  yang DIHARAP-HARAPKAN. Wassallam.

 

Salam Hormat Daripada Saya,

~Haji Zainal b. Haji Bujang~