Harga: RM 24.90

 

Sinopsis VCD

Jejak-Jejak Suci Tetamu Allah

 

VCD ini adalah hasil usaha Tuan Haji Zainal sendiri di mana keseluruhan visual dan gambarannya telah dirakamkan ketika beliau menunaikan ibadah haji ketiga pada awal tahun 2005 yang lalu. Beliau bersama seorang rakan telah menyunting serta memasukkan suara latar bagi menjadikannya sebuah dokumentari yang boleh memberikan kefahaman dan manfaat kepada bakal-bakal haji khususnya, dan bakal jemaah umrah amnya. Set dokumentari ini mengandungi dua keping VCD yang merangkumi 7 episod di mana setiap episod mengambil masa tayangan selama lebih kurang 25 minit. Isi kandungan setiap episod adalah seperti berikut:

 

Episod 1: memaparkan tatacara keberangkatan para jemaah bermula dari rumah ke Komplek Haji Kelana Jaya seterusnya ke KLIA, dalam penerbangan serta ketibaan di KAAIA Jeddah.

Episod 2: memaparkan ketibaan di Makkah, di bilik penginapan, di dewan makan serta aktiviti tawaf qudum dan saie haji serta melakukan aktiviti-aktiviti ziarah sambil menunggu hari wukuf.

Episod 3: memaparkan persediaan untuk berwukuf dan tatacara pergerakan ke Arafah serta gambaran ketibaan di Arafah.

Episod 4: memaparkan aktiviti di Arafah, Muzdalifah dan Mina pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah serta pergerakan kembali semula ke Makkah.

Episod 5: memaparkan aktiviti ziarah di sekitar kota Makkah dan melakukan umrah sunat.

Episod 6: memaparkan suasana ziarah di Madinah Al-Munawwarah.

Episod 7: memaparkan tatacara keberangkatan balik ke tanah air.

 

VCD ini amat bermanfaat kepada para bakal haji kerana ia memaparkan aksi sebenar/realiti bagi setiap pekerjaan haji. Ia menterjemahkan segala isi kandungan buku-buku berkaitan haji (terutamanya buku-buku hasil tulisan Tuan Haji Zainal) ke dalam visual yang jelas dan lengkap. VCD ini dijangka mampu merangsang minat dan keinginan untuk segera melakukan ibadah berkenaan. Di samping visual yang menarik dan terang, VCD ini juga dilakari dengan kata-kata pengantaraan berbentuk sajak atau puisi berirama hasil nukilan dan pelafazan penulis sendiri. Turut diselitkan, lagu-lagu nasyid berkenaan ibadah haji dendangan kumpulan Rabbani yang amat merdu dan syahdu. Jualan VCD ini amat terhad dan tidak terdapat di pasaran terbuka. Diharap anda tidak akan melepaskan peluang memiliki bahan yang amat berguna dan amat membantu ini bagi memantapkan persediaan diri sebelum menjejakkan kaki di bumi Makkah dan Madinah sebagai tetamu Allah.

 

Beli VCD ini sekarang (Malaysia sahaja)