
Harga: RM 15
Sinopsis Buku
Bimbingan Komprehensif
Mengerjakan Umrah
Buku ini disusun khusus untuk para jemaah umrah
kerana jemaah umrah lazimnya menganggap ibadah ini hanyalah ibadah sampingan
atau dalam istilah lain “berjalan-jalan sambil mengutip pahala”. Mereka tidak
tahu bahawa umrah juga sama mutu dan nilainya di sisi Allah SWT. Potensi jemaah umrah melakukan kesalahan
dan mengundang laknat serta kemurkaan Allah adalah lebih besar berbanding
bakal-bakal haji. Bakal-bakal haji lazimnya membuat persediaan yang rapi dan
lengkap hingga kadangkala mencakupi masa 3-5 tahun sebelum menunaikan ibadah
berkenaan tetapi bakal-bakal jemaah umrah hanya mengikuti kursus singkat
sahaja. Malah, ada yang langsung tidak
mengikuti sebarang kursus berkaitan ibadah tersebut sebelum melangkahkan kaki
menjadi tetamu Allah. Rata-rata mereka menyangkakan bahawa ibadah umrah itu
tidak seberat dan serumit ibadah haji. Sehubungan itu, terpanggil hati penulis
untuk menghasilkan buku ini yang menggariskan panduan-panduan berikut:
Buku ini amat
sesuai dimiliki oleh para jemaah bakal umrah kerana buku-buku lain di pasaran lebih memfokuskan kepada manasik umrah itu
sahaja. Namun buku ini merangkumi kesemua aspek iaitu manasik umrah,
pelaksanaannya dan juga masalah-masalah serta cabaran-cabaran yang menunggu
setiap jemaah umrah seperti cuaca, kemudahan penginapan, logistik serta budaya
bangsa Arab yang tidak sama seperti budaya bangsa kita yang tersohor lemah
lembut dan berbudi bahasa. Di samping menyempurnakan umrah yang tepat, betul
dan maqbul di sisi Allah SWT, buku ini juga membimbing jemaah umrah supaya dapat menyempurnakan umrah masing-masing
dengan berkesan serta penuh dengan kenangan manis.