BUTIR-BUTIR KOMPREHENSIF
PROGRAM UMRAH & ZIARAH
MAKKAH & MADINAH
SECARA TERANCANG, TERPIMPIN DAN
BERJEMAAH
|
|
|
|
NAMA PROGRAM : KEMBARA SUCI CUTI SEKOLAH
TARIKH PROGRAM : 25 Mei hingga 08 Jun 2007 (15 hari)
PENERBANGAN : SAUDI / QATAR / EMIRATES
AGEN PENGENDALI : BAHRULMAZI TRAVEL & TOURS
SDN.BHD.
No. 18 SG
3/2, Taman Sri Gombak
68100
Batu Caves, Selangor
NOMBOR TELEFON : 03- 6186 7115 / 03-6186 7116
NOMBOR FAX : 03- 6185 3404
HARGA PAKEJ &
KEMUDAHAN PENGINAPAN
|
SKIM |
HARGA |
PENGINAPAN |
||
|
DEWASA |
KANAK-KANAK
2-11 thn |
MADINAH |
MAKKAH |
|
|
EKONOMI (3-4
SEBILIK) |
RM 4,950.00 |
RM 3,712.50 |
WEFADA
AL-ZAHRA atau setaraf 80 meter dari Masjid Nabawi |
LOLOAT
RAED atau setaraf 80 meter dari Masjidil Haram |
|
EKONOMI (2
SEBILIK ) |
RM 5,130.00 seorang |
RM 3,892.50 Seorang |
||
* Pakej termasuk tiket
penerbangan pergi balik dari KLIA, visa umrah dan khidmat muassasah serta 8
kali kursus bimbingan bersiri.
KEMUDAHAN MAKAN
MINUM
§
Makanan masakan Malaysia
§
3 kali sehari ( pagi, tengahari, malam )
TAWARAN PERKHIDMATAN
Percuma bagi setiap
kemudahan berikut:
§
Beg bimbit dan galas
§
Telekong ( wanita ) dan tuala ihram ( lelaki )
§
Air zam-zam 10 liter
§
6 kali umrah serta ziarah
§
Lawatan dan penginapan di Bandaraya Istanbul, Turki
bagi menghayati kesan-kesan sejarah Islam peninggalan Empayar Othmaniah yang
tersohor itu.
§
Lawatan ke Hudaibiyah – ladang ternak unta, kilang
kelambu Kaabah / Muzium Haramain ( 2 Tanah Haram )
§
Ziarah Arafah, Muzdalifah, Mina ( Jabal Rahmah,
Jabal Tsur, Jabal Nur ), jamarat dan bermiqat di Ja’ranah.
§
Ziarah Perkuburan Maala, Makam Saidatina Maimunah
dan bermiqat di Masjid Saidatina Aishah di Tan’iim
§
Lawatan khas ke Kotaraya Jeddah, Masjid Baghdadiah,
Maqam Siti Hawa, Masjid Al-Rahmah, Pesisiran Laut Merah, membeli belah di
Pasaraya Cornich dan bermiqat di pesisir Laut Merah.
§
Pengangkutan bas hawa dingin
§
Buku Bimbingan Komprehensif Umrah
§
Mutawif yang berkelayakan di Makkah
§
Muzawwir yang berkelayakan di Madinah
PENGISIAN PROGRAM
1.
Dua hari ziarah
Madinah Al-Munawwarah dan tempat-tempat bersejarah
seperti Makam Rasulullah SAW, Raudhah, Al-Baqi’, Masjid Quba, Jabal Uhud,
Masjid Qiblatain dsbnya.
2.
Menyempurnakan
umrah wajib secara terbimbing oleh Tn. Haji Ahmad Khairi b.
Haji Mohd. Khalil.
3.
Ziarah Arafah,
Muzdalifah dan Mina serta bermiqat umrah di Masjid Ji’ranah.
4.
Lawatan ke
Hudaibiyah dan ladang
ternakan unta tenusu, kilang kiswah (kelambu Kaabah), muzium Haramain
5.
Ziarah perkuburan
Maala, makan Saidatina Maimunah dan bermiqat di Masjid
Saidatina Aishah di Tannaim
6.
Lawatan ke kotaraya
Jeddah, Masjid Ba’dadiah, Makam Siti Hawa, Masjid
Al-Rahmah, air pancut tertinggi di dunia dan membeli-belah di Plaza Qurnish.
7.
Ziarah ke
Muzium Purba di Aziziah.
KURSUS BIMBINGAN PRA-KEBERANGKATAN*
8 siri (tarikh akan
ditentukan kemudian) di Dewan Kuliah Masjid
Al-Ikhlas, Taman Sri Melati, Selayang pada hari Ahad mulai jam 2.00 hingga
4.30 petang di bawah bimbingan Hj. Zainal Hj. Bujang.
ŕ Nota: Sebuah buku
tulisan beliau berjudul “BIMBINGAN KOMPREHENSIF MENGERJAKAN UMRAH” serta sebuah
buku doa gantung dwi bahasa akan diberikan secara percuma. Semua jemaah
disarankan supaya mengikuti kursus ini untuk manfaat umrah yang optimum.
1 taklimat khas yang akan disampaikan
oleh Tuan Haji Ahmad Khairi Hj. Mohd. Khalil (Masa, tarikh dan tempat akan
diberitahu kemudian).
ILTIZAM KAMI
Kami berikrar akan berusaha
sedaya upaya untuk memastikan setiap jemaah dapat megerjakan
ibadah umrah mereka dengan tepat, betul dan berkualiti serta bebas daripada
sebarang kecacatan dan kesilapan.
Kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan
setiap jemaah sentiasa dalam keadaan bermaklumat, ceria, seronok, selesa dan
berpuas hati dengan segala kemudahan yang ditawarkan.
PROFIL DIRI PENYELARAS PROGRAM
1:HAJI ZAINAL
BIN HAJI BUJANG
Di
lahirkan di Negeri Sembilan pada 10 September 1948. Pernah bertugas sebagai
Guru Penolong, Guru Penolong Kanan, Guru Besar dan Penyelia Kanan di Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum bersara pada 10 September 2004 setelah
berkhidmat selama 35 tahun 8 bulan dan 8 hari. Sepanjang perkhidmatan beliau
banyak melibatkan diri dalam aktiviti Ko-Kurikulum yang melibatkan perkhemahan
pelajar-pelajar. Selain itu beliau juga merupakan seorang motivator yang banyak
memberikan ceramah serta bimbingan motivasi kepada pelajar-pelajar serta
guru-guru di sekolah-sekolah sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Dengan rahmat dan anugerah Allah
beliau telah diberi peluang untuk menunaikan haji sebanyak 3 kali ( 1992, 2002,
2005 ) dan umrah sebanyak 9 kali ( 1993, 1995, 1996, 1998, 2000, 2003, 2005,
2006 ). Berdasarkan pengalaman tersebut beliau telah terpanggil hasrat dan
tersentuh hati untuk menitipkan segala pengalaman dan pemerhatiannya sewaktu
mengerjakan haji dan umrah tersebut untuk membantu para bakal jemaah haji dan
umrah untuk melaksanakan ibadah suci tersebut dengan sebaik-baiknya serta
mendapat seoptimum manfaat daripadanya.
Program
kembara suci Umrah dan Ziarah ini adalah usaha beliau yang berterusan sebagai
penganjur dan pembimbing. Beliau pernah menjadi pembantu penganjur dan pembimbing program Umrah – Kembara Mata Hati (2)
anjuran bersama Tabung Haji Travel & Services dan Fitrah perkasa Sdn. Bhd.
pada 01 hingga 11 Jun 2005 yang lalu.
Beliau kini menjadi wakil sah
syarikat Bahrulmazi Travel & Tours dengan nombor pengenalan diri 801406
sejak dari bulan Mac 2006 dan setakat ini telah berjaya menganjur serta membantu membimbing 2 siri kembara suci Umrah &
Ziarah iaitu pada 29 Mei hingga 10 Jun 2005 dengan peserta seramai 40 orang dan
kembara suci Umrah & Ziarah pada 18 Ogos hingga 01 September 2006 seramai
38 orang peserta. Beliau beriltizam untuk mengelola dan membimbing beberapa
siri kembara suci lagi selayat hayat dan kesihatan mengizinkan. Insya Allah.
2:HAJI AHMAD KHAIRI B.HAJI
MOHD.KHALIL
Pembimbing utama
program umrah ini. Merupakan Pengarah Urusan Syarikat Bahrulmazi yang
berkelulusan Pengajian Islam Universiti Morocco. Beliau bertanggungjawab
sepenuhnya dalam segala urusan dan hal ehwal bimbingan ibadah, perjalanan dan
penginapan sepanjang program.
*Kelebihan Program Umrah Yang Bermodul, Terancang
& Berjemaah
1. Peserta
umrah akan mendapat kefahaman yang lebih
jelas dan telus berhubung dengan falsafah, hikmah, fadilat serta cabaran
umrah tersebut.
2. Kefahaman
yang jelas dan terang dapat menjelmakan
kekhusyukan dan kesenduan beribadah dan seterusnya menjadikan pelaksanaan umrah itu bermutu dan mabrur di sisi
Allah SWT.
3. Modul
(kertas kerja pelaksanaan) yang tersusun dan terancang dapat mengurangkan kesalahan dan kesilapan yang boleh menghakis
mutu dan kualiti ibadah umrah yang dilaksanakan itu.
4. Semangat persaudaraan dan ukhwah dapat
dibina hasil daripada pertemuan dan sesi bimbingan yang diaturkan. Semangat
ini dapat menceriakan lagi pelaksanaan ibadah umrah dan sekaligus dapat menjana
kenangan manis dan nostalgia hidup sesama jemaah.
5. Ukhwah
yang terbina dapat menghapuskan salah
sangka sesama jemaah dan seterusnya mengeratkan
tali silaturrahim yang bakal membina persefahaman serta memupuk kerjasama
yang intim semasa di tanah suci kelak ibarat aur dengan tebing yang saling
sandar menyandar antara satu dengan yang lain serta mengamalkan konsep berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing, susah dan senang diharungi bersama dengan
perasaan penuh kasih sayang, cakna dan prihatin.
6. Kerjasama
yang terbina dapat membantu menyelesaikan masalah perkongsian bilik dan
kemudahan di tempat penginapan disebabkan rasa persefahaman dan serasian yang
telah terbina sejak dari tanah air lagi.
7. Setiakawan
serta ukhwah yang terbentuk dapat memurnikan lagi pelaksanaan ibadah
kerana jemaah boleh tegur menegur kesilapan dan kealpaan yang tidak
disengajakan manakala jemaah yang ada pengalaman umrah boleh memberikan
bimbingan yang sewajarnya kepada jemaah yang baru pertama kali menunaikan
umrah.
8. Umrah
bermodul, terpimpin dan terancang dapat membuahkan suasana dan iklim
pelaksanaan umrah yang seronok, ceria, riang, gembira serta penuh nostalgia dan kenangan manis yang
sukar dilupakan.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT
UNTUK MENGIKUTI PROGRAM KEMBARA SUCI INI, SILA HUBUNGI KAMI SEKARANG!
PENYERTAAN TERHAD – lazimnya sambutan amat menggalakkan pada waktu cuti
sekolah. Pihak syarikat terpaksa menghadkan penyertaan bagi memberikan
keselesaan perkhidmatan.
DIBUKA BAGI WARGA
LEMBAH KELANG SAHAJA – bagi memastikan setiap peserta
dapat memberikan komitmen untuk mengikuti Kursus Bimbingan Pra-Keberangkatan.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
& PENDAFTARAN: Selewat-lewatnya 25 Februari 2007
HUBUNGI:
HAJI ZAINAL HAJI BUJANG 013-342 5528 atau 03-6138 1591