
Harga: RM 17
Sinopsis Buku
Titik-Titik Hitam di Persada
Suci Haji & Umrah (Satu Analisa Motivasi)
Ramai jemaah yang
pergi ke tanah suci untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah. Mereka
membelanjakan wang yang banyak hasil daripada kegigihan menabung dan berjimat
cermat bagi merealisasikan tuntutan agama tersebut.
Namun, terdapat segelintir jemaah yang gagal mendapat
sepenuh manfaat daripada kerja-kerja haji/umrah mereka meskipun umum mengetahui
bahawa ibadah haji dan umrah itu adalah wadah pentarbiahan jiwa yang paling
ampuh dan berkesan bagi menjana kehidupan yang bahagia dan sejahtera dunia
akhirat. Mereka terdorong kembali kepada
era kehidupan pra haji mereka yang bergelumang dengan unsur-unsur kefasikan dan
kemunafikan yang sepatutnya telah dilunaki oleh syariat dan semangat ibadah
tersebut.
Mengapa fenomena
tersebut berlaku? Apakah faktor-faktor yang mendorong serta menyebabkan gejala
yang tidak sewajarnya itu berlaku? Isu dan permasalahan inilah yang dikupas
oleh penyusun buku berdasarkan pengamatan serta penganalisaan beliau yang
mempunyai pengalaman yang luas di dalam perlaksanaan ibadah haji dan umrah (3
kali haji, 8 kali umrah).
Buku ini amat
sesuai dibaca dan dijadikan bahan panduan oleh para bakal haji terutamanya agar
haji yang akan dilaksanakan dengan kos yang begitu mahal serta menagih
pengorbanan masa dan tenaga tidak akan sia-sia, sebaliknya mabrur di sisi Allah
SWT.