
Testimonial
oleh Dr. Haji Rahmat Haji Abdullah, UIAM
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullaahi
wabarakatuh
Saya telah mentelaah buku-buku yang
diberikan kepada saya oleh pengarangnya Tuan Haji Zainal bin Haji Bujang yang diterbitkan
oleh Al-Hidayah Publishers. Tajuk-tajuknya adalah:
à Haji dan Umrah: Falsafah, Fadhilat dan
Hikmah serta Cabarannya
à Tatacara Komprehensif Mengerjakan Haji
Mabrur
à Panduan Mengharap Haji Mabrur
à Bimbingan Komprehensif Mengerjakan Umrah
à Titik-titik Hitam di Persada Suci Haji
dan Umrah: Satu Analisa Motivasi
à Koleksi Teladan dan Teladan Iktibar
Tanah Suci (Makkah dan Madinah)
Berserta dengan,
à VCD Jejak-Jejak Suci Tetamu Allah,
terbitan dan edaran ZNR Sepadu Enterprises.
Saya dengan penuh
rasa sedar dan bertanggungjawab mengakui bahawa buku-buku di atas adalah menepati tuntutan syarak dan tidak terdapat
sebarang percanggahan dengan Al-Quran, Al-Hadis atau mana-mana kaedah
syarak dan sumber pengambilan hukum dalam Islam.
Disamping itu, ia
mengandungi beberapa keistimewaan lain, antaranya ialah:
·
Gaya
bahasa yang menarik, ungkapan yang bertenaga, pemilihan
perkataan yang indah dan tepat serta ayat yang tersusun dan mudah difahami oleh semua peringkat umur
dan pendidikan.
·
Panduan yang amat praktikal; pembaca berasa seolah-olah pengarang memimpin tangan
pembaca, beriringan, dengan penuh khusyuk dan tawadhuk melaksanakan ibadah
haji, umrah dan menziarahi tempat-tempat manasik.
·
Pendekatan
‘step by step’; bakal haji/umrah akan dipandu bermula dari rumah (apakah
kelengkapan, persediaan, petua-petua dan barangan yang perlu dibawa) hingga ke
lapangan terbang KLIA, di dalam kapal terbang, di lapangan terbang Saudi, di
dalam kenderaan ke Mekah/Madinah, hingga sempurna melaksana manasik dan hingga
para hujjaj/umrah pulang ke tanah air. Mungkin ini adalah keistimewaan yang jarang terdapat pada buku-buku panduan haji/umrah
yang lain.
·
Bakal haji/umrah disuntik dengan motivasi-motivasi yang menjurus ke arah persediaan mental yang positif
dan fizikal yang lasak bertenaga sepanjang berada dalam musafir dan
sepanjang melaksanakan manasik. Ramai para hujjaj gagal mendamba haji mabrur
kerana tiada persediaan mental dan fizikal yang mungkin menyebabkan menyebabkan
mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Saya yakin pembaca
akan berpuas hati dengan buku-buku di atas. Buku-buku ini juga adalah amat sesuai untuk para pengendali
kursus-kursus haji/umrah.
Wassalam
Yang Benar,
Ust. Dr. Hj. Rahmat Hj. Abdullah
Coordinator
CUDMAMPU,
Quranic Language
Division,
Centre for Languages
and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia
Gombak, 53100
Kuala Lumpur, Selangor DE.
09/04/2007