
Harga: RM 12
Sinopsis Buku
Panduan Menggarap Haji Mabrur
Buku ini pula
merupakan bahan sokongan kepada para bakal haji yang ingin mendapatkan
kemabruran dalam pelaksanaan haji mereka. Ia bersifat modul aplikasi yang memberi panduan serta bimbingan kepada para
bakal haji tentang bagaimana untuk mendidik minda dan perasaan supaya ia
tidak menjadi parasit yang boleh menjejaskan mutu serta kualiti dan kesyahduan,
kesucian dan kesenduan ibadah haji yang sedang dilaksanakan itu. Antara lain
isi kandungan buku ini adalah seperti berikut:
Buku ini ditulis
dalam bahasa kontemporari yang mudah difahami. Namun, bagi pembaca yang mungkin
tidak biasa dengan aliran penggunaan bahasa berkenaan disediakan pula segmen glossari
atau daftar makna perkataan di bahagian belakang buku ini. Diselitkan juga gambar-gambar berwarna tentang
keindahan serta keunikan kota suci
Makkah dan Madinah bagi menyemarakkan lagi semangat dan perasaan para bakal
haji. Buku ini amat sesuai dibaca oleh setiap bakal haji sebagai sokongan dan tambahan kepada pengetahuan
manasik haji yang telah diperolehi daripada kursus haji bersiri di
masjid-masjid. Penulis berpendapat bahawa haji yang mabrur dan berkualiti
adalah suatu ibadah yang digarap dengan sepenuh keinsafan serta sekujur
keikhlasan, kejujuran dan kesyahduan.