MARAH-MARAH

-apabila dilanda sesuatu yang menyusahkan atau menyakitkan diri

-apabila berdepan dengan situasi yang tidak menyenangkan hati

 

BERSIKAP TAKBUR

-menyangka dan melihat diri kita serba tahu dan serba sempurna

-merasakan bahawa orang lain lebih rendah taraf dan kedudukannya daripada kita

 

BERSIKAP RIAK

-suka menunjuk-nunjuk bagi tujuan mendapat pujian dan sanjungan orang akan ibadah-ibadah serta amal kebajikan yang dibuat

-sering menonjolkan kelebihan dan keistimewaan diri sendiri

 

MUNGKIR JANJI

-yang telah dilafazkan kepada sahabat dan rakan sesama jemaah

 

MALAS

-untuk beribadah

-lebih suka menghabiskan masa membuat kerja-kerja yang lagha serta melalaikan seperti menonton TV, membaca akhbar, berbual kosong, membeli belah dan mengunjungi kedai-kedai

 

MENGEJI/MENGUMPAT

-akan perilaku jemaah lain yang tidak serasi atau sebulu dengan dirinya

-memungkinkan berputiknya permusuhan dan persengketaan sesama jemaah di Tanah Suci Makkah dan Madinah yang amat melarang perkara berkenaan

 

BERMEGAH-MEGAH

-dengan pangkat, darjat serta harta dan wang ringgit yang dimiliki

-membanding-bandingkan kelebihannya itu serta memperlekehkan kemampuan orang lain

 

BERMUKA-MUKA

-dalam pergaulan dan suka mengadu domba

-boleh mencetuskan suasana resah gelisah, prejudis dan saling syak wasangka sesama jemaah

 

BERSIKAP KHIANAT

-dengan menabur fitnah dan memutar-belitkan cerita-cerita yang tidak benar

-bertujuan memecah-belahkan perhubungan mesra sesama jemaah

 

HASAD & DENGKI

-terhadap keupayaan dan kekhusyukan ibadah jemaah lain

-dengan itu merencanakan sesuatu tindakan yang boleh merencatkan usaha murni dan semangat jemaah berkenaan

 

BAKHIL/KEDEKUT

-untuk berkongsi ilmu pengetahuan, sedekah atau amal jariah

-melihat peminta sedekah dan orang-orang yang serba kekurangan sebagai orang-orang malas dan tidak mahu berusaha serta mencacatkan pandangan

 

KUFUR NIKMAT/TIDAK BERSYUKUR

-tidak berterima kasih di atas kelebihan kurniaan Allah kepadanya sehingga timbul perasaan riak, ujub, waham, sum’ah, sombong serta takbur dalam dirinya

-nikmat Allah seperti kesihatan dan kekuatan diri tidak disalurkan kepada yang berhak dan memerlukan sebaliknya digunakan untuk menimbulkan kekacauan dan kesusahan kepada orang lain

 

BERLAGAK SOMBONG

-dengan memperlihatkan kelebihan diri menerusi perlakuan, pertuturan, mimik muka dan jelingan mata

-dikhuatiri boleh membibitkan perasaan benci, jijik dan meluat di kalangan jemaah lain

 

CERCA-MENCERCA

-saling caci-mencaci secara terbuka dan berdepan atau secara senyap-senyap hingga menyebabkan kekecohan dan persengketaan yang mengaibkan serta memalukan

 

BERDUSTA

-dengan memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri daripada janji dan tanggungjawab fardhu ain serta fardhu kifayah yang memerlukan penglibatannya

 

 

 

Bahan motivasi ini disediakan oleh:

Haji Zainal bin Haji Bujang

Diadaptasi daripada:

Booklet “Panduan Perjalanan Tetamu Allah” (yang disediakan untuk jemaah umrah di bawah pimpinan beliau)

 

Kembali ke laman utama

Kembali ke laman Faktor Teras bagi Haji Mabrur/Umrah yang Maqbul