SABAR...

-Menghadapi karenah dan birokrasi pihak berkuasa Arab Saudi (seperti Imigresen, Kastam, petugas lapangan terbang, pengawal keselamatan Masjid Nabawi & Masjidil Haram)

-Menghadapi keletihan dan ketidakselesaan daripada aktiviti-aktiviti haji/umrah yang amat lasak dan penuh dengan cabaran dan dugaan

-Menghadapi karenah dan ragam manusia (jemaah lain, rakan sejemaah) yang pelbagai jenis, perangai, perwatakan dan budaya

-Menghadapi peraturan-peraturan dan disiplin ibadah yang ketat seperti pantang-larang ihram serta peraturan tawaf, saie, tahallul yang wajib dipatuhi

-Melaksanakan setiap tuntutan ibadah sampingan serta ibadah-ibadah pengabdian diri yang memerlukan ketahanan mental, istiqamah perbuatan, ketegaran iktikad serta semangat dan jati diri yang kental

 

SYUKUR...    

-kerana menjadi orang yang terpilih menjadi tetamu Allah dan telah dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah hingga mampu mengerjakan ibadah haji/umrah ini

-kerana Allah telah membuka hati untuk mengabdikan diri menjadi tetamuNya di tanah suci Makkah dan Madinah ini

         

IKHLAS...     

-dalam setiap ibadah (solat, tawaf, saie, puasa dll) yang dilakukan sehingga tidak terlintas sebarang keluhan, rungutan atau kekesalan malah amat bahagia dan terhayat melakukannya

-dalam setiap iktikad, perbuatan serta amalan yang dilakukan kerana mengharapkan keredhaan Allah semata-mata

 

REDHA...      

-dengan segala musibah, dugaan dan cubaan yang ditimpakan oleh Allah dan tidak prejudis atau berprasangka buruk terhadap Allah SWT

-dengan Qada’ dan Qadar Allah serta tidak mempertikaikan keadilanNya dan pasrah serta percaya dengan hikmah yang terkandung di sebalik setiap yang berlaku itu

 

PEMURAH...

-dalam setiap sumbangan (ilmu, wang ringgit), perlakuan (senyuman, tutur kata), bakti dan amal soleh (bantuan, bimbingan dan pertolongan) yang dihulurkan kepada jemaah yang memerlukan

 

BERTIMBANG RASA...

-kepada semua tetamu Allah terutamanya yang lemah, tua serta uzur tanpa mengira darjat, bangsa dan keturunan dalam setiap aspek tindakan dan layanan kita

 

BERTANGGUNGJAWAB...   

-terhadap mahram dan saudara mara yang turut serta menunaikan ibadah suci berkenaan

-membantu memastikan mereka selamat, selesa dan yakin menjalankan segala tuntutan dan syariat haji/umrah tersebut

         

TOLONG MENOLONG...

dalam apa jua aspek terutama kepada mereka yang lemah, uzur, kurang upaya dan amat memerlukan bantuan dan keprihatinan kita 

         

PENYAYANG...

–terhadap semua tetamu Allah tanpa ada diskriminasi (tanpa mengira paras rupa, kecil besar, miskin kaya, darjat dan keturunan, kaum atau bangsa)

 

BERTAUBAT...

–dan sentiasa muhasabah diri terhadap dosa-dosa, maksiat dan kemungkaran yang pernah kita lakukan sepanjang hidup kita ini

 

 

Bahan motivasi ini disediakan oleh:

Haji Zainal bin Haji Bujang

Diadaptasi daripada:

Booklet “Panduan Perjalanan Tetamu Allah” (yang disediakan untuk jemaah umrah di bawah pimpinan beliau)