Harga: RM 15

 

Sinopsis Buku

Haji & Umrah: Falsafah, Fadilat & Hikmah serta Cabarannya

 

Buku yang mengandungi 248 muka ini mengungkai serta mengupas segala falsafah, hikmah, fadilat serta cabaran-cabaran yang melingkari ibadah suci haji. Antara kandungannya:

 

§         Haji itu suatu penyerahan mutlak ke hadrat Allah SWT

§         Haji itu suatu peluang untuk menuju keredhaan Allah

§         Haji itu suatu peluang atau kesempatan melihat serta menginsafi keagungan dan kebesaran Allah

§         Haji itu suatu peluang untuk menebus dosa dan noda

§         Haji itu suatu peluang untuk menikmati rahmat dan kasih sayang Alllah

§         Haji itu penuh cabaran dan kekangan

§         Haji dan umrah itu penuh doa, permintaan dan harapan

§         Haji menuntut ketegaran jati diri, minda dan fizikal

§         Haji penuh dengan amalan soleh seperti;

o        bersedekah

o        perkhidmatan sukarela, dan sebagainya

 

Penulis merasakan aspek-aspek di atas perlu diketahui dan dihazami selumatnya oleh para bakal haji sebelum mereka melangkahkan kaki untuk menjadi tetamu Allah bagi merangsang penghayatan serta menikmati kesyahduan dan kesenduan ibadah suci berkenaan. Kefahaman yang jelas akan membantu bakal-bakal haji mempasrahkan diri bagi menghadapi segala kemelut serta prejudis dan prasangka buruk yang dijana oleh kerja-kerja haji yang lasak dan serba mencabar itu. Secara tidak langsung fenomena ini akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran pihak penganjur seperti Tabung Haji dan pakej-pakej haji swasta. Segala bahan serta contoh tauladan dalam buku ini diasaskan daripada pengalaman, pemerhatian serta penganalisaan penulis sendiri dan diperkukuhkan lagi dengan hujah-hujah serta garis panduan yang dipetik daripada firman Allah SWT menerusi Al-Quran dan hadith-hadith baginda Rasulullah SAW yang banyak terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang tersohor dan muktabar.