SUDUT MOTIVASI UNTUK BAKAL TETAMU ALLAH

(bersama Tuan Haji Zainal  bin Haji Bujang)

 

Warkah dari Penulis/Penyusun

 

Faktor teras: Umrah/Haji - Mabrur atau Tertolak?

 

 

 

Adakah anda.....

*     Bakal mengerjakan Haji atau Umrah?

*     Benar-benar berazam untuk mendapat Haji yang Mabrur?

*     Tercari-cari hadiah terbaik buat ibubapa/ handai taulan/ sahabat?

*     Ingin menghadiahkan sesuatu buat kakitangan anda yang bakal ke Tanah Suci?

*     Ingin menambahkan koleksi ilmu di perpustakaan peribadi anda?

 

BERITA SEMASA

 

Produk terbaru di MH.com

 

 VCD Panduan Mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah

Klik untuk maklumat lanjut

 

Sertai Program Khas:

 

Kembara Suci Cuti Sekolah

 

~Umrah & Ziarah Makkah & Madinah~

25 Mei – 8 Jun 2007

 

Road Tour MH.com

 

Komplek TH Kelana Jaya

Masjid Al-Mukarramah Sri D’sara

Klik untuk gambar

 

 

Kami ada produk yang memenuhi keperluan anda! Memperkenalkan,

“KIT BIMBINGAN & PENGGARAPAN HAJI MABRUR”

&

“KIT BIMBINGAN & PENGGARAPAN  UMRAH YANG SEMPURNA”

Kit ini adalah hasil adunan pengetahuan dan pengalaman seorang penulis yang berpengalaman luas di dalam perlaksanaan Haji dan Umrah.

 

Dihasilkan oleh Haji Zainal bin Haji Bujang, seorang pengarang/penyusun yang merupakan seorang bekas pendidik dan motivator yang berpengalaman luas di dalam bidang pengurusan Haji dan Umrah (3 kali Haji, 8 kali Umrah). Beliau menghasilkan Kit ini dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dengan muslimin/muslimat semua.

Bermula dari 15 Februari 2007, beliau telah diberikan mandat dan dilantik sebagai Pengurus Bahrulmazi Travel & Tours cawangan Taman Sri Gombak, Selangor. Di samping itu beliau turut ditugaskan sebagai pembimbing dan pemimpin jemaah umrah bermula dari tanah air, di Makkah dan Madinah hinggalah kembali semula ke tanah air. 

 

Kit ini adalah satu usaha tambahan bagi membantu muslimin/muslimat yang bakal mengerjakan ibadah haji dan umrah untuk menggarap dan mengerjakan ibadah suci ini dengan sepenuh penghayatan agar terhasil suatu ibadah yang bermutu dan berkualiti serta bebas daripada kecacatan yang dicalari oleh sifat-sifat mazmumah (tercela) ekoran kejahilan, kecetekan ilmu, kelesuan penghayatan, visi dan misi yang samar, serta falsafah, hikmah serta fadilat haji/umrah yang gagal diungkai.

Kit ini terdiri daripada buku-buku berbentuk motivasi dan modul aplikasi yang kesemuanya ditulis/disusun oleh Tuan Haji Zainal dan diterbitkan oleh Al-Hidayah Publishers, dan sebuah VCD berjudul “Jejak-Jejak Suci Tetamu Allah” yang mengandungi visual berkaitan perlaksanaan ibadah haji dari kacamata jemaah haji itu sendiri memandangkan ianya telah dirakamkan oleh Tuan Haji Zainal ketika beliau menunaikan ibadah haji pada tahun 2005.

KIT BIMBINGAN DAN PENGGARAPAN HAJI MABRUR

Terdiri daripada 3 buah buku dan sebuah VCD:

1) Buku Haji & Umrah: Falsafah, Fadilat, Hikmah & Cabarannya  - RM 15

2) Buku Panduan Menggarap Haji Mabrur  - RM 12

3) Buku Tatacara Komprehensif Mengerjakan Haji Mabrur  - RM 14

4) VCD Jejak-Jejak Suci Tetamu Allah  - RM 24.90

KIT BIMBINGAN DAN PENGGARAPAN UMRAH YANG SEMPURNA

Terdiri daripada 2 buah buku dan sebuah VCD

1) Buku Haji & Umrah: Falsafah, Fadilat, Hikmah & Cabarannya  - RM 15

2) Buku Bimbingan Komprehensif Umrah  - RM 15

3) VCD Jejak-Jejak Suci Tetamu Allah  - RM 24.90

“Bahan-bahan ini dijangka mampu untuk mengukuhkan kefahaman yang diperolehi daripada kursus haji 16 siri anjuran Lembaga Tabung Haji. Di dalam konteks ibadah Umrah pula, ia mampu merangsang penghayatan serta dapat memberikan gambaran jelas tentang ibadah Umrah yang ingin dilaksanakan itu.”

~ Haji Zainal Haji Bujang

Nota:

Pembeli dari Malaysia boleh membeli bahan-bahan ini dalam bentuk Kit/Pakej (dengan harga istimewa) atau membeli secara berasingan (secara online/mail order)

Bagi pembelian secara online, kadar matawang yang digunakan adalah Dolar Amerika (USD)

ŕ Ketahui kebaikan membeli secara online ß

 

Sinopsis Buku

 

Buku Haji & Umrah: Falsafah, Fadilat, Hikmah & Cabarannya  

 

Buku ini mengandungi huraian yang komprehensif berkenaan falsafah, hikmah, fadilat serta cabaran yang terdapat di dalam ibadah haji atau umrah seperti jihad, pengorbanan, penyerahan mutlak, peluang menuju redha Allah, menginsafi keagungan, kasih sayang & rahmat Allah, dan sebagainya.

 

 Harga: RM 15 + RM 4 (kos penghantaran) = RM 19 @ USD 5.50   BUY NOW

 

Sinopsis Buku

 

Buku Tatacara Komprehensif Mengerjakan Haji Mabrur

 

Buku ini menghuraikan setiap aspek pelaksanaan haji secara terperinci seperti persediaan 6 bulan, 3 bulan, 1 bulan, 1 minggu sebelum berangkat juga pada hari berangkat. Juga membincangkan tentang segala aktiviti di Jeddah, Madinah, Mekah, Arafah, Muzdalifah, Mina, melontar jamrah sehinggalah jemaah selamat kembali semula ke tanah air.

 

  Harga: RM 14 + RM 4 (kos penghantaran) = RM 18 @ USD 5.25   BUY NOW

 

Sinopsis Buku

 

Buku Panduan Menggarap Haji Mabrur

 

Mengemukakan kepada bakal-bakal haji dengan beraneka panduan dan bimbingan bagi mengatasi dan mengekangi pelbagai masalah dan cabaran yang terkandung di dalam ibadah suci ini. Panduan ini diharap dapat menjadikan ibadah haji para jemaah mabrur serta penuh nostalgia dan kenangan manis untuk dijadikan imbauan syahdu sepanjang hayat.

 

 Harga: RM 12 + RM 4 (kos penghantaran) = RM 16 @ USD 4.65   BUY NOW

 

Sinopsis Buku

 

Buku Bimbingan Komprehensif Mengerjakan Umrah

 

Menghuraikan setiap aspek perlaksanaan umrah secara terperinci seperti persediaan 3 bulan, 1 bulan, 1 minggu sebelum berangkat juga pada hari berangkat. Seterusnya buku ini turut membincangkan tentang segala aktiviti di Jeddah, Madinah, Mekah seperti tawaf, saie, ziarah dan sebagainya sehinggalah jemaah selamat kembali semula ke tanah air.

 

 

 Harga: RM 15 + RM 4 (kos penghantaran) = RM 19 @ USD 5.50   BUY NOW

 

 

Sinopsis Buku

Titik-Titik Hitam di Persada Suci Haji & Umrah

 

Umum mengetahui bahawa ibadah haji dan umrah itu adalah wadah pentarbiahan jiwa yang paling ampuh dan berkesan bagi menjana kehidupan yang bahagia dan sejahtera dunia akhirat. Namun, mengapa terdapat segelintir jemaah yang gagal mendapat sepenuh manfaat daripada kerja-kerja haji/umrah mereka? Apakah yang menyebabkan mereka terdorong kembali kepada era kehidupan pra haji mereka yang bergelumang dengan unsur-unsur kefasikan dan kemunafikan? Isu dan permasalahan inilah yang dikupas oleh penyusun buku berdasarkan pengamatan serta penganalisaan beliau yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam perlaksanaan ibadah haji dan umrah (3 kali haji, 8 kali umrah).

 

 

Harga: RM 17 + RM 4 (kos penghantaran) = RM 21 @ USD 6.10   BUY NOW

 

 

Sinopsis Buku

Koleksi Kisah & Teladan - Iktibar Tanah Suci (Makkah & Madinah)

 

Buku ini memaparkan kisah-kisah aneh, pelik serta ganjil yang berlaku di tanah suci Makkah dan Madinah yang berlaku dalam musim haji atau umrah. Ada kejadian yang ditimpakan oleh Allah SWT sebagai kifarah dosa yang telah dilakukan. Ada juga kejadian yang bertujuan menguji kekuatan iman dan taqwa seseorang hamba sebelum Allah kurniakan sebarang keampunan atau tingkatan martabat dan darjat di sisiNya. Ada juga peristiwa aneh yang terjadi lantaran keceluparan dan kemeluluan tutur kata atau tingkah laku jemaah haji/umrah itu sendiri. Paparan kisah-kisah ini diharap dapat dijadikan renungan dan iktibar kepada para bakal jemaah haji/umrah.

 

 

Harga: RM 17 + RM 4 (kos penghantaran) = RM 21 @ USD 6.10   BUY NOW

 

 

Sinopsis VCD

 

VCD Jejak-Jejak Suci Tetamu Allah

 

VCD berbentuk dokumentari yang dirakamkan sendiri oleh Tuan Haji Zainal Bujang ketika beliau menunaikan Haji pada tahun 2005. Mengandungi gambaran-gambaran visual tentang pekerjaan haji - bermula dari waktu berangkat pergi dari rumah hinggalah para jemaah kembali semula ke tanah air setelah selesai mengerjakan ibadah haji masing-masing. Ia digarap dengan bahasa yang puitis dan menarik serta disulami nasyid-nasyid yang syahdu dan sendu. Terbahagi kepada 7 episod yang mengambil masa hampir 2 1/2 jam. Kandungan setiap episod adalah seperti berikut:

 

Episod 1:

Keberangkatan pergi dari rumah ke Kompleks Haji Kelana Jaya, ke KLIA, dalam pesawat dan di terminal haji KAAIA Jeddah.

Episod 2:

Aktiviti ibadah serta ziarah di Mekah menunggu Hari Wukuf.

Episod 3:

Pergerakan ke Arafah & aktiviti di Arafah.

Episod 4:

Aktiviti pada Hari Wukuf & pergerakan ke Muzdalifah dan Mina serta aktiviti melontar jamrah pada 10 Zulhijjah & hari-hari tasyrik.

Episod 5:

Balik semula ke Mekah untuk menyempurnakan tawaf ifadah, saie haji serta ziarah Mekah.

Episod 6:

Ziarah dan aktiviti di Madinah Al-Munawwarah.

Episod 7:

Keberangkatan balik ke tanah air.

 

 Harga: RM 26 @ USD 7.55 (termasuk kos penghantaran)   BUY NOW

 

 

 

 

 

VCD Panduan Mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah

 

Visual yang terkandung di dalam VCD ini diambil dengan kebenaran Kerajaan Arab Saudi semasa musim Haji pada tahun 1419H. VCD ini menyediakan cara mudah mempelajari dan memahami tentang pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah. Menerangkan tentang cara-cara mengerjakan ibadah Haji dengan betul dan memaparkan kesalahan-kesalahan biasa yang sering dilakukan oleh jemaah haji dan umrah.

 

 Harga: RM 10 + RM 3 (kos penghantaran) = RM 13 @ USD 3.80   BUY NOW

    

Kit Bimbingan & Penggarapan Haji Mabrur

(3 buku + 1 VCD)

Harga biasa: RM 70 (termasuk penghantaran)

Harga istimewa: RM 65 @ USD 18.85 (termasuk penghantaran)

BUY NOW

Kit Bimbingan & Penggarapan Umrah yang Sempurna

(2 buku + 1 VCD)

Harga biasa: RM 60 (termasuk penghantaran)

Harga istimewa: RM 55 @ USD 15.95 (termasuk penghantaran)

BUY NOW

Nota: Tawaran VCD PERCUMA hanya sah dengan pembelian secara online/mail order sahaja

 

 

 

 

 

 

 

CARA-CARA LAIN UNTUK MEMBUAT PESANAN:

ŕ klik di sini untuk BORANG PESANAN (Mail Order)

ŕ untuk pesanan dari BRUNEI, SINGAPURA, INDONESIA klik di sini

Kit ini hanya boleh didapati secara eksklusif daripada laman web ini. Tidak terdapat di mana-mana kedai buku. Sekiranya anda sudah berniat untuk membelinya, laksanakan niat baik anda itu sekarang! Insya Allah, pelaburan yang di dalam lingkungan kemampuan anda ini akan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. 

Text Box: * Buku-buku di dalam Kit ini adalah terbitan Al-Hidayah Publishers dan boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda. (Membeli secara online/terus daripada kami boleh menjimatkan masa anda!)

* VCD hanya boleh didapati secara eksklusif daripada kami dan boleh dibeli secara berasingan.
 

 

 

 


“Pergilah wahai tetamu Allah, Pergilah menuju ke hadrat Ilahi mu,

Pergilah membawa hatimu yang pasrah, Pergilah melampias niatmu yang kudus ikhlas,

Penuh kerelaan tanpa gundah dan gelabah, Tiada lain yang kau cari kecuali keredhaanNya jua.

Namun jalan cinta itu penuh berliku, Kan bertandang ujian beribu satu,

Merintangi diri menghalangi hati, Kerana setiap kembara pasti diuji, Adakah palsu atau sejati.

Pakaikan ihram salutkan di tubuh, Serahkan jiwa dan raga seluruh,

Pangkat, darjat, bintang dan gelaran diluruh, Kini kita hanya hamba kerdil yang benar-benar hina di hadapanNya.

Sucikan diri memohon keampunan, Ambil iktibar sepenuh keinsafan,

Nikmat beribadah cuba bayangkan, Mabrur dan diterima itulah pengharapan...”

~ Petikan bait-bait puisi di dalam VCD Jejak-Jejak Suci Tetamu Allah

 

~TESTIMONIAL~

 

Buku-buku (tulisan Haji Zainal Haji Bujang) mengandungi beberapa keistimewaan, antaranya: Gaya bahasa yang menarik, ungkapan yang bertenaga, pemilihan perkataan yang indah dan tepat serta ayat yang tersusun dan mudah difahami oleh semua peringkat umur dan pendidikan. Panduan yang amat praktikal – pembaca berasa seolah-olah pengarang memimpin tangan pembaca, beriringan, dengan penuh khusyuk tawadhuk melaksanakan ibadah haji, umrah dan menziarahi tempat-tempat manasik. Pendekatan ‘step by step’. Bakal haji umrah akan dipandu bermula dari rumah... hingga sempurna melaksana manasik dan hingga pulang ke tanah air. Mungkin ini adalah keistimewaan yang jarang terdapat pada buku-buku panduan haji/umrah yang lain. Bakal haji/umrah disuntik dengan motivasi-motivasi yang menjurus ke arah persediaan mental yang positif dan fizikal yang lasak bertenaga sepanjang dalam musafir dan melaksanakan manasik. Baca selanjutnya (versi penuh)

Dr. Hj. Rahmat Hj. Abdullah

Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia

Gombak, Selangor.

 

Saya rajin membaca dan pernah membaca bermacam jenis buku bagi mengisi masa lapang pasca persaraan saya 4 tahun yang lalu. Saya telah membaca semua buku di dalam Kit Penggarapan Haji Mabrur susunan Haji Zainal Haji Bujang ini. Saya dapati buku-buku susunan beliau ini berlainan dengan buku-buku haji dan umrah yang terdapat di pasaran kerana ianya bersifat motivasi dan mampu memotivasikan para bakal haji dan umrah. Saya sendiri dapat merasakan rangsangan dan yakin ianya dapat memberikan penghayatan kepada kerja-kerja haji yang ingin dilaksanakan. Saya boleh memberikan jaminan dan keyakinan bahawa para pembaca tidak akan rugi memiliki buku-buku ini.

Haji Mokhtar b. Harun,

Selayang Jaya, Selangor.

 

Saya telah membaca kesemua buku yang terkandung di dalam Kit Penggarapan Haji Mabrur titipan Haji Zainal bin Haji Bujang ini. Saya berpendapat buku-buku tersebut sangat berinformasi dan mengandungi banyak panduan dan tip-tip berdasarkan pengalaman beliau yang boleh membantu para bakal Haji dan Umrah menggarap haji atau umrah mereka dengan baik, terhayat dan berkesan.                 

Haji Mohd. Kamal Abd. Salam,

Tmn. Sri Melati, Selayang, Selangor.

 

Saya pernah ke Mekah menunaikan umrah sebanyak 2 kali. Apabila menonton VCD Jejak-Jejak Suci Tetamu Allah, hati rasa benar-benar rindu untuk ke sana lagi. Visual yang ditunjukkan dan bahasanya yang puitis, disulam pula dengan nasyid-nasyid berkaitan ibadah Haji membuatkan saya rasa terpanggil dan berazam untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini, Insya Allah. Semua orang patut menonton VCD ini – saranan ini dibuat bukan kerana ianya dihasilkan oleh bapa saya sendiri, tetapi oleh kerana VCD ini lain dari yang lain. Anda tidak akan jemu menontonnya!

Mazneera Hj. Zainal,

Executive Director MotivasiHaji.com

 

VCD Jejak-Jejak Suci Tetamu Allah jelas menggambarkan keseluruhan jerit perih menunaikan Haji. Ia membantu dalam mempersiapkan diri saya sebelum saya menunaikan ibadah Umrah pada Jun 2005 yang lalu dan kini saya mengambil keputusan untuk kembali ke sana bagi menunaikan ibadah Haji di dalam usia yang muda.

Hafiza Tajudin,

Sg. Besi, Kuala Lumpur.

 

 

HUBUNGI KAMI!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, hubungi kami melalui medium yang tertera di bawah:

Telefon        

         

          03-6273 3964

          016-305 6006 (Mazneera)  @  013-342 5528 (Hj. Zainal)  @  019-343 9119 (Arman)

 

Alamat surat-menyurat

 

Mazneera Haji Zainal,

Armanee Legacy Enterprise (No. Pendaftaran: 001617209-K)

No. 5, Jalan Selasih 4, SU3, Saujana Utama, 47000 Sg Buloh, Selangor.

 

Email          

          info@motivasihaji.com 

 

 

Copyright reserved|Created and maintained by webmaster@motivasihaji.com

Last updated: 24/04/2007