Harga: RM 17

 

Sinopsis Buku

Koleksi Kisah & Teladan: Iktibar Tanah Suci (Makkah & Madinah)

 

Banyak kejadian aneh, pelik serta ganjil berlaku di tanah suci Makkah dan Madinah dalam setiap musim haji atau umrah. Ada kejadian yang sengaja Allah timpakan kepada tetamu pilihanNya itu sebagai kifarat kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Ada kejadian yang bermaksud sebagai ujian daripada Allah s.w.t bagi menguji kekuatan iman dan taqwa seseorang hambaNya itu sebelum Allah kurniakan sebarang keampunan atau sebelum Allah anugerahkannya tingkatan martabat dan darjat yang tinggi dan mulia di sisiNya.

          Tidak kurang juga kejadian-kejadian pelik dan ganjil yang berlaku disebabkan kelancangan, keceluparan dan kemeluluan tutur kata, tingkah laku serta tindak tanduk para jemaah bakal haji itu sendiri disebabkan oleh misi serta visi hajinya yang samar dan kusam, cetek dan dangkal pengetahuannya, longlai dan londeh penghayatannya atau disebabkan juga oleh gara-gara nafsu mazmumah mereka yang masih liar dan tidak dibendung atau dikawal itu.

          Dalam buku ini, bakal-bakal haji dihidangkan dengan beberapa paparan sebahagian kisah-kisah tersebut untuk direnungi, dihayati serta diambil iktibar agar mereka tidak mengulangi lagi kesilapan saudara mara dan sahabat handai yang telah melunaskan tuntutan ibadah haji mereka dalam usaha untuk mendapat haji yang mabrur yang Allah janjikan syurga sebagai balasannya.

“IKTIBAR penuh sindiran dan pengajaran,

Untuk dianalisa dijadikan renungan,

Contoh yang baik jadikan teladan,

Sisihkan yang buruk jadikan sempadan.

IKTIBAR dijadikan wadah sejati,

Bagi membantu muhasabah diri,

Mengukur kelemahan dan kekuatan sendiri,

Untuk dipertingkat, diatasi, diperbaiki.

IKTIBAR penting kepada kehidupan,

Dalam menyusuri laluan perjalanan,

Menghindari diri daripada kesesatan,

Jalan lurus yang diredhai Tuhan.”

                        ~ Petikan GURINDAM IKTIBAR dari buku Iktibar Tanah Suci ~